Skip to content

Melayu boleh dalam bidang seni

18 May 2009

Jika berkata tentang dunia seni  nyanyian, nama anak melayuboleh ini memang tidak boleh di lupakan  iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arsyad.Beliau merupakan seorang anak melayu yang berkebolehan bukan sahaja didalam bidang seni nyanyian tetapi merupakan seorang peguam,usahawan,penulis,pelakon,pelukis dan juga pelawak.Bakat yang ada pada anak melayu serba boleh ini telah melonjakkan nama bangsa melayu dan juga negara Malaysia.Nama melayu serba boleh ini telah tersenarai dalam ‘Malaysia Book of Record’ kerana jasa-jasa yang beliau telah buat dalam bidang seni.

Sebelum itu sedikit biodata tentang anak melayu berkebolehan luarbiasa ini.

  1. Dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Termeloh Pahang.
  2. Anak melayu bongsu dari 7 orang adik beradik
  3. Bapanya bernama Arsyad Hj Hassan dan ibunya Ramlah Dahlan
  4. Mengambil jurusan perubatab di Universiti Malaya
  5. Berkahwin dengan Kamariah Jamaludin pada tahun 1981 dan bercerai 3 tahun kemudiannya.
  6. Meninggal dunia pada 22 februari 1992 di Bangsar,Lucky Garden K.L pada usia 37 tahun.

Antara pencapaian terbaik yang pernah diraih oleh anak melayu berkebolehan ini ialah seperti Penyanyi lelaki popular (ABPBH tahun 1989), Persembahan terbaik Juara Lagu TV3 (1987), “Best Performer” di Asia Muzic Awards (1989) di Royal Albert Hall London, Penghibur TV  Terbaik (1978) di Anugerah Sri Angkasa dan banyak lagi .

Melayu boleh ini juga telah dianugerahkan banyak penghargaan kerana jasanya dalam menaikkan martabat industri seni tanahair. Diantaranya ialah :-

  • Penghormatan memakai Jalur Gemilang sebagai kostum rasminya.
  • Satu jalan di Termeloh telah diberi nama dengan nama Jalan Sudirman.
  • Penyanyi no.1 negara dari akhbar New Straits Time.
  • Dilantik sebagai Duta ‘Malaysia Singing Ambassador’ oleh Malaysia Tourism Development Board.
  • Ahli Mangku Negara oleh Yang Di Pertuan Agung (1988).
  • Ahli Mahkota Pahang oleh sultan Pahang (1990)
  • Johan Mangku Negara oleh Yang Di Pertuan Agung (1992)

Pada 15 April 1986, anak melayu berkebolehan dalam bidang seni ini telah mengadakan konsert besar-besaran di Chow Kit Road.Konsert terbuka ini merupakan yang pertama kalinya diadakan di sebuah jalan sebuah jalan yang merentangi dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Muda ke Jalan Raja Alang. Di jangkakan seramai 100,000 ribu orang telah hadir untuk menyaksikan konsert tersebut.Selain itu, anak melayu boleh ini juga merupakan seorang usahawan berjaya.Salah satu produk keluarannya ialah minuman ‘Sudi’

Semasa hidupnya, melayu boleh ini telah menghasilkan 18 album dan juga 17 album kompilasi.Antara albumnya yang laris  ialah Aku Penghibur(1978), Kulit (1986), Orang kampung(1986), Salam terakhir(1992) dan Sudirman- Setelah Kau Tiada(1995).Melayu berkebolehan dalam bidang seni ini juga pernah berlakon dalam sebuah filem yang bertajuk ‘Kami (1982)’.

Antara lagu anak melayu boleh ini yang paling popular ialah lagu Kemerdekaan iaitu “Tanggal 31 Ogos”.Lagu ini akan sentiasa berkumandang apabila tarikh kemerdekaan Tanah Melayu jatuh pada 31 Ogos pada setiap tahun.Selain itu lagu ciptaan budak melayu boleh ini yang popular adalah seperti Balik kampung,Ayah dan Ibu, Apa Khabar Orang kampung, Terasing, Seruling bambu, Anak dagang, Basikal tua,Chow Kit Road,Merisik Kabar,Punch Kad,Seri Sarawak dan banyak lagi.

Bak kata pepatah melayu,”gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama”.Nama Sudirman Haji Arsyad telah terpahat sebagi Lagenda Melayu Boleh yang setaraf dengan nama besar iaitu Allahyarham P.Ramlee.Kedua-dua anak melayu yang berkebolehan dalam bidang seni ini telah menjulang nama negara Malaysia umumnya dan nama bangsa melayu dipersada seni dunia.Diharap akan lahir lagi seorang anak melayu yang akan mengembalikan semula semangat kaum melayu untuk terus berjuang di dalam bidang seni dan setaraf dengan bangsa lain.

Akhir sekali buat coretan artikel  kali ini “Takkan Melayu Hilang di Dunia”.

Advertisements